Monday, July 28, 2008

Surat Terbuka Buat JKKKP!





Saya merupakan salah seorang penduduk di Kg Gesir Tengah,Hulu Selangor.Di sini saya nak menyatakan kekesalan saya terhadap JKKKP yang bernaung terus di bawahkerajaan persekutuan. Apabila saya ternampak banting Karnival Mesra Rakyat anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan(JKKKP) bagi saya ia merupakan satu langkah yang proaktif dan amat bagus.Dan yang paling penting tujuan utamanya adalah bersempena dengan kedatangan bulan yang berkah lagi mulia dan dilimpahkan rahmatNya seluas-luasnya iaitu Ramadhan al-Mubarak.



Tapi yang amat-amat saya kesali ialah pengisian dan aktiviti yang dianjurkan.Saya tak nak komen aktiviti seperti berniaga,jualan,pameran dan sebagainya sebab itu itu cukup bagus. Yang amat saya sedih ialah adakah patut JKKKP tu menjemput artis-artis yang bagi saya selaku umat islam adalah tak relevan dan tak kena langsung dengan kedatangan Ramadhan ni?Saya sebutkan ,seperti M Daud Kilau, Ifa Raziah,Saiful Malaysian Idol dan Dafi AF5..Seperti yang kita maklumi,sepatutnya JKKKP ini memahami apa sebenarnya Ramadhan ini..Ini bukanlah bulan untuk kita bersuka ria dan berkaraoke..Semua benda itu tiada nilai pun ketika Ramadhan.Sepatutnya JKKKP yang setahu saya haram ditubuhkan tanpa kelulusan kerajaan negeri yang di bawah PR ini tidak menghalalkan perkara yang sememangnya haram.Ataupun memang benda yang berunsur haram ini dibawa oleh benda yang ada sifat haram??



Bagi saya hal ini amat-amat bertentangan dengan prinsip dan kaedah dalam Islam.Cuba kita bayangkan.Buat pengetahuan saudara/saudari, artis-artis tersebut tidak datang dalam satu tempoh yang sama tetapi berbeza-beza.Makanya dalam kata lain akan ada empat konsert sempena kedatangan RAMADHAN INI!!Adalah satu konsert muzikal Islam bertemakan “Cintai Tuhan Sayangi Manusia” terselit di tengah-tengah konsert sekadar tempelan untuk menghalalkan karnival ini kononya, sempena kedatangan bulan yang penuh Mubarak ini.Adakah ini praktik Islam Hadhari yang dipelopori oleh Imam Abdullah ahmad Badawi yang menghalalkan konset-konsert seumpama ini?


Saya tak dapat membayangkan nanti rakyat yang majoritinya Melayu beragama Islam terkinja-kinja,terlompat-lompat meraikan konsert seumpama ini.Percampuran lelaki dan perempuan sepanjang empat konsert nanti sememangnya mengundang kemurkaan Allah nanti.Apakah kita khususnya JKKKP tak mengambil iktibar dan pengajaran dengan apa yang berlaku di sekitar Negara kita sekarang?Dengan gempa bumi di China,taufan Nargis di Myanmar,gempa bumi di Indonesia,gunug berapi di Chile dsb...apakah mesej Allah terhadap manusia tidak dapat difahami lagi?Kita sewajarnya bersyukur sebanyak-banyaknya kerana Allah masih lagi tidak mengirimkan ‘ujian’ seumpama itu ke Negara kita.Tapi,bukan dengan ini cara kita bersyukur JKKKP oi!



Sepengetahuan saya,dalam 10 prisip Islam Hadhari itupun tidak menyatakan halalnya konsert-konsert seperti ini.Lainlah kalu Imamnya sudah berijtihad lalu menghalalkannnya..Aduhai Pak Lah!!



Saya selaku penduduk tempatan di sini berasa amat kesal dengan pengisian program seumpama ini.Pendekatan yang menggunakan” matlamat menghalakan cara” ini telah digunakan sewenang-wenangnya oleh UMNO/BN dan menyalahgunakan Ramadhan.saya menyeru kepada pihak berkuasa MDHS untuk mengambil tindakan terhadap ajaran sesat seumpama ini semoga ia tidak menular dengan lebih teruk di kalangan masayrakat kita.Saya tak redha nanti anak-ana muda dan anak saya sendiri terkena penyakit dan ajaran sesat ini!

p/s surat terbuka yang dihantar oleh salah seorang penduduk prihatin

No comments: